Thursday 22 September 2011

Visi & Misi

Di sini, saya dengan berbesar hati ingin berkongsi Visi & Misi saya dalam business Something Borrowed by Nawal

Tujuan utama penubuhan business ni semestinya ia merupakan salah satu pendapatan saya. Seperti yang yang anda sedia maklum (jika anda ikuti blog saya), saya seorang full time housewife sejak berkahwin. Bukan kerana suami tak bagi berkerja, tetapi darah yg mengalir dalam diri saya lebih kepada business. Sejak kecil saya telah di dedahkan dengan dunia perniagaan. Minat dan passion saya lebih kepada business berbanding dengan kerja di private sector. Cukup la pengalaman saya berkerja selama 2 tahun. Saya sangat happy dapat menolong bakal-bakal pengantin merancang perkahwinan mereka.

I was once a bride. Saya tahu macam mana perasaan bakal pengantin. Banyak benda yang perlu diambil kira terutamanya dari segi kewangan. Saya tahu perasaan bila kita mahukan sesuatu, tetapi harganya lebih dari kemampuan kita. Believe me, saya pernah berada di tempat anda. Pernah sekali, saya masuk ke butik perkahwinan untuk sewa kipas pengantin. Harga sewanya RM50 untuk sepasang kipas dan alas tangan! Kipas yg tinggal pulak, sudah agak lembik (kipas yg diperbuat daripada kotak). Saya sangat frust! Maaf, tapi bagi saya, kipas tu terlalu mahal untuk disewakan dengan quality yang sangat teruk.

Gambar sekadar hiasan (pic credit google)
Kedua, ketika saya mencari veil untuk majlis pertunangan, saya pergi ke butik-butik tudung di Shah Alam. Veil yang ada dijual dengan harga yang mencecah RM400 untuk veil yang terlalu simple buatannya. Mode * Pengsan*. Saya terus mengomel dengan suami (dulu tunang), saya cakap, dengan harga yang macam tu, saya bole buat sendiri jauh lagi cantik dari yang mereka jual! (tapi hakikatnya, saya tak pandai jahit) ;p

Veil from SomethingBorrowed byNawal
Ketiga, semasa saya mencari dulang untuk membuat hantaran, saya sangat berminat dengan dulang tembaga, Survey punya survey, harga yang dijual di Maju Junction RM150++ hampir mencecah RM200 satu! Mode *Pengsan kali ke dua*  Itu baru satu dulang. Kalau 9 dulang? tak payah buat calculation, saya tau saya tak mampu.

Pic from Something Borrowed by Nawal

Terlalu banyak siri keempat, kelima dan seterusnya. Tak payah la saya explain panjang lebar sebab saya tahu benda macam ni pernah terjadi kepada anda semua. So, Misi saya adalah untuk membantu semua B2B mencapai impian perkahwinan mereka dengan menyewakan barang-barang perkahwinan dengan harga yang sangat berpatutan . Saya harap, dengan adanya business rental saya, wedding anda akan jadi cantik, secantik impian saya. Impian saya hanya akan tercapai bila anda merealisasikan impian anda..:)

P/s: Jika anda berminat dengan sesuatu barang untuk perkahwinan anda, tetapi tidak mahu mengeluarkan kos yang banyak untuk membelinya, sila la message saya di facebook.  Jika barang itu terpilih, saya akan beli dan sewakan dengan harga yang berpatutan..Sekian. :)

5 comments:

  1. well said nawal!
    betol..ari tu jln2 kt jln tar cr veil(kantoi), kemain mahal hrganye!tp survey2,alhmdulillah dpt yg hrga 50 je.xpe,leh jual kt awk pasni.hehe.

    ReplyDelete
  2. agree with you! anyway i helped promote your page as well in my blog. sbb i rasa barang2 yg u sewakan cantik, best n mmg b2b like us need it.

    ReplyDelete
  3. Baik lah kak nawal ni. Suka orang macam ni, tak berkira.

    ReplyDelete
  4. Ika: kan? Harga dieorg jual memang melampau! geram..huhu

    Rai: Thank you dear!! Rajin2 la singgah blog ni or fb k :)

    Ainee: thank you..*Terharu* :)

    ReplyDelete
  5. nawal, fllw me back k..i nk kawen krg i cari u..;)

    ReplyDelete