Monday, 4 January 2016

first day at school!

Err bunyi tajuk macam anak dah masuk darjah satu je. Hehe


muka excited



Hari ini hari yang sangat emotional sebab first time bagi orang lain jaga anak kita.
Before ni pergi mana mana pon mesti bawak. Paling tidak pon tinggal dekat rumah atok and nenny sejam dua. So nervous dia lain macam sket. Siap mak nya yang over sakit perut sampai cirit birit.

Ok back to kinder zara, nama tempat ni KinderKaizen. Bukan macam pre school yang lain sebab dekat sini Play Based Learning. So jangan expect bila hantar sini dieorang akan pandai membaca atau menulis. Bahagian tu takpe, cikgu aka mama dia ada untuk ajar :)

"KinderKaizen is a Play Based Enrichment Programme designed to encourage children to explore and discover while enhancing their physical, emotional, intellectual, developmental, social and spiritual needs"


Itulah reason kenapa kami pilih KinderKaizen walaupon agak jauh dari rumah. Masa sampai situ, Zara melompat lompat happy sebab ada playground, ada art class, colouring, painting dan macam macam lagi. Tapi bila kiteorang cakap nak balik dan nak tinggal dia dekat situ, Zara terus lari kat hujung corner nangis sebak. Nasib baikla teacher pandai pujuk bagi colouring book. Cepat cepat kiteorg tinggalkan dia. Sepanjang 3 jam tu kiteorg tunggu dalam kereta je sebab takot Zara nangis. Bila jam dah masuk pukul 5, hati dah tak keruan, rasa nak berlari naik atas tengok Zara. Dalam otak asyik pikir ok ke tak zara, dia tengah buat apa, dan macam macam la. Tepat kul 5.20 je terus tekan loceng. macam tak boleh tunggu je lagi 10 minit. hehe. Zara nampak mama dia terus berlari lari sambil tarik tangan nak tunjuk apa yang dia dah buat hari ni.

tadaaa. ni la hasilnya. "im a girl"
buat house

dapat star sebab good girl



Im so proud of you sayang! Alhamdulillah..Zara happy pergi school.  Teacher cakap ada jugak nangis nak mama tapi lepas pujuk terus ok. Tanya dia nak pegi lagi tak besok, terus cakap nak! Good girl! Balik tu upah dia makan Mee Tarik. Her all time fav, hihi











Saturday, 2 January 2016

New Year 2016!

Azam 2016

Setelah sekian lama blog ni sunyi sepi akhirnya diberi nafas baru. Azam tahun ini untuk kembali aktif berblog. Harap cukuplah masa dan tenaga. Hehe

2015 memberi seribu satu kenangan yang memang takkan dapat dilupakan. First, Zaryn Adeena join the family and Second, travel ke Europe selama sebulan! Tak sangka keputusan yang diambil 2 bulan sebelum tarikh pergi berjaya. Alhamdulillah. Adhoc plan memang sangat best! Kebiasaannya kiteorg akan beli tiket setahun sebelum sebab nak kejar Air Asia promo. Tapi kali ni plan 2 bulan sahaja! Tak perlu tunggu bertahun tahun untuk rancang. 

Next post nanti kita akan sharekan pengalaman travel ke Europe selama sebulan tu okey? Stay tuned! 

Wishing you a great, prosperous, blissful, healthy, bright, delightful, energetic and extremely Happy New Year 2016! 


Monday, 16 February 2015

Somethingborrowedbynawal.com



We are proudly launching somethingborrowedbynawal which now will run on a .com domain.

Go and visit www.somethingborrowedbynawal.com. Happy browsing guys!

Oh yes, our new email now is Info@somethingborrowedbynawal.com

Monday, 23 June 2014

Something Charity

Hello Tuesday!

Nak habaq mai ni..Something Borrowed by Nawal ada buat projek Charity di mana bakal bakal pengantin boleh meminjam barang barang seperti gambar di bawah dengan PERCUMA! Tiada syarat "kene sewa RM100 ke atas baru dapat free rental". No no no...bole datang amik barang yang nak dipinjam percuma sahaja. Tapi....depends on availability. Setiap barang yg Free Rental ada had kuantiti nya. so kalau dah ada orang yang dah book, sorry ye tak boleh pinjam percuma. :)

Whatsapp : 012-2464407
Email: somethingborrowedbynawal@gmail.com

Free Rental 6 unit

Free Rental 6 unit

Free Rental 2 unit

Free Rental 5 unit

Free Rental 1 unit

Free Rental 2 unit

Free Rental 2 unit

Free Rental 2 unit

Bunga deco hantaran. Free unit 6 unit



Sunday, 22 June 2014

Setelah sekian lama

hehe. tajuk macam apa je.

Wah lamanya tak update blog ni. dah bersarang kot. ada lagi ke tak orang yang baca ni. huhu

Just nak update, Something Borrowed by Nawal akan di melebarkan sayapnya ke Utara! Yeay! Alhamdulillah. InsyaAllah akan mula beroperasi lepas raya ni. Home based studio juga di Bandar laguna Merbok, Sg Petani. 8km sahaja dr Plaza Tol Selatan.

Kepada yang duduk di Utara bole la jenguk website www.somethingborrowedbynawal.com.my untuk senarai barang yang ada di sana ok?

Antara barang barang yang ada disana. Harga bole tgk di website k? yang pasti memang murah! :)














Wednesday, 30 October 2013

Pameran Pengantin (29 Nov - 1 Dec 2013)

Something Borrowed by Nawal - LIKE us on Facebook!
Wedding Rentals, Photobooth, & Pelamin
www.somethingborrowedbynawal.com.my
012 2464407

*Jumpa kami di Pameran Pengantin Malaysia di SACC Mall Shah Alam pada 29 November 2013 - 1 December 2013



Thursday, 24 October 2013

Throwback: Zara's 1st Birthday Party!

1st birthday ni sememangnya party untuk parents sebab anak setahun bukannya tau apa pon. haha. Mama dia yang over excited nak organize birthday party untuk zara. Preparation nak dekat 4 bulan. Rindu pulak zaman nak prepare untuk wedding dulu. huhu. walaupun banyak jugak plan yang tak berjalan seperti yang di rancang, alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Million thanks to my family yang bersusah payah menolong menjayakan birthday party princess sorang ni.. Ok tak nak cakap banyak banyak. Let the pictures do the talking. :)