Monday 4 January 2016

first day at school!

Err bunyi tajuk macam anak dah masuk darjah satu je. Hehe


muka excited



Hari ini hari yang sangat emotional sebab first time bagi orang lain jaga anak kita.
Before ni pergi mana mana pon mesti bawak. Paling tidak pon tinggal dekat rumah atok and nenny sejam dua. So nervous dia lain macam sket. Siap mak nya yang over sakit perut sampai cirit birit.

Ok back to kinder zara, nama tempat ni KinderKaizen. Bukan macam pre school yang lain sebab dekat sini Play Based Learning. So jangan expect bila hantar sini dieorang akan pandai membaca atau menulis. Bahagian tu takpe, cikgu aka mama dia ada untuk ajar :)

"KinderKaizen is a Play Based Enrichment Programme designed to encourage children to explore and discover while enhancing their physical, emotional, intellectual, developmental, social and spiritual needs"


Itulah reason kenapa kami pilih KinderKaizen walaupon agak jauh dari rumah. Masa sampai situ, Zara melompat lompat happy sebab ada playground, ada art class, colouring, painting dan macam macam lagi. Tapi bila kiteorang cakap nak balik dan nak tinggal dia dekat situ, Zara terus lari kat hujung corner nangis sebak. Nasib baikla teacher pandai pujuk bagi colouring book. Cepat cepat kiteorg tinggalkan dia. Sepanjang 3 jam tu kiteorg tunggu dalam kereta je sebab takot Zara nangis. Bila jam dah masuk pukul 5, hati dah tak keruan, rasa nak berlari naik atas tengok Zara. Dalam otak asyik pikir ok ke tak zara, dia tengah buat apa, dan macam macam la. Tepat kul 5.20 je terus tekan loceng. macam tak boleh tunggu je lagi 10 minit. hehe. Zara nampak mama dia terus berlari lari sambil tarik tangan nak tunjuk apa yang dia dah buat hari ni.

tadaaa. ni la hasilnya. "im a girl"
buat house

dapat star sebab good girl



Im so proud of you sayang! Alhamdulillah..Zara happy pergi school.  Teacher cakap ada jugak nangis nak mama tapi lepas pujuk terus ok. Tanya dia nak pegi lagi tak besok, terus cakap nak! Good girl! Balik tu upah dia makan Mee Tarik. Her all time fav, hihi











Saturday 2 January 2016

New Year 2016!

Azam 2016

Setelah sekian lama blog ni sunyi sepi akhirnya diberi nafas baru. Azam tahun ini untuk kembali aktif berblog. Harap cukuplah masa dan tenaga. Hehe

2015 memberi seribu satu kenangan yang memang takkan dapat dilupakan. First, Zaryn Adeena join the family and Second, travel ke Europe selama sebulan! Tak sangka keputusan yang diambil 2 bulan sebelum tarikh pergi berjaya. Alhamdulillah. Adhoc plan memang sangat best! Kebiasaannya kiteorg akan beli tiket setahun sebelum sebab nak kejar Air Asia promo. Tapi kali ni plan 2 bulan sahaja! Tak perlu tunggu bertahun tahun untuk rancang. 

Next post nanti kita akan sharekan pengalaman travel ke Europe selama sebulan tu okey? Stay tuned! 

Wishing you a great, prosperous, blissful, healthy, bright, delightful, energetic and extremely Happy New Year 2016!