SHANGHAI DISNEYLAND REVIEW
Pegi time peak season sebab time tu school holiday dekat China. so masa beli tiket tu dh ada bermacam macam perasaan lepas baca banyak review yang kebanyakkanya bad review. Contohnya terlalu crowded, budak kencing merata, potong Q dan banyak lagi. ok so ni review ikhlas dari kami yang dah pegi. bukan paid review ye. hehe
Harga Tiket
RMB499 dewasa. RMB375 kanak kanak (tinggi 1m-1.4m). Kalau Ikut currency semasa RM306 dan RM250. Harga tiket ni untuk peak season. kalau low season murah lagi. Beli tiket online. tersalah beli untuk zara sebenarnya. sepatutnya zara (4 tahun) tak payah beli sebab tinggi taj sampai 1 meter. So masuk free je. rugi je duit dah terbeli 😂
Transport
kiteorg duduk dekat Nanjing Road. 1 station je nak ke Shanghai Tower. Kita area town la. kalau kat kl mcm area bukit bintang. Disneyland pulak dekat area Pudong Airport. Nak ke sana kalau naik Taxi dalam RMB150/RM80. Jarak lebih kurang 30min. kalau naik train, ada lebih kurang 11 stations. so makan masa dalam 1 Jam lebih untuk sampai ke sana. Since kiteorg pegi dengan 2 anak+ 2 strollers, so kiteorg pilih untuk naik taxi sebab nak jimat masa dan tenaga.
Tips:
Tak perlu bawak stroller pon takpe sebenarnya. dekat sana ada tempat untuk stroller rental. Harga tak pasti sebab tak tanya pulak tapi ramai yang sewa. Senang.
Crowd
Ok masa pegi ni memang ramai orang. Tapi, Disneyland ni besar sangat so tak terasa ramai pon. Banyak je tempat kosong tuk amik gambar and duduk rehat. Rides die pulak ok la not so bad. maximum 20min Q. tapi tak pasti ride yang lain sebab kiteorg naik 2 ride je. selebihnya habiskan masa cari Disney Princess.
Bab potong Q tu pulak mmg ada jugak. tapi mainly makcik makcik. so mcm pejam mata je la. anggap je la senior citizen so bagi la priority lane kat dieorang. Ada sorang makcik tu siap berebut lagi nak naik horse yang zara nak naik 😂
Toilet
Yang ni paling terkejut. kalau sesiapa yang biasa pegi China akan tau la macam mana kotor and berbau toilet die. Tapi dekat Disneyland Shanghai ni toilet die sebersih bersihnya! takde bau langsung! Mmg sentiasa kering. Memang ramai cleaner yang akan make sure tong sampah luar & dalam semua bersih. Bab budak kencing & berak merata tu memang satu kebiasaan kalau kat China. Dalam mall pon boleh kencing. Tapi masa pegi tu tak nampak sorang pon yang buat perangai macam tu. huhu legaaa
Makanan
Outside food memang tak boleh bawak. nampak banyak maggie cup yang kene buang. Tapi snack and jajan boleh bawak. makanan kat sana macam biasa la mahal and tak banyak choice untuk halal food. Kiteorg makan Fish & Chips RM50/plate
PhotoPass
Ok ni untuk sesiapa yang tak tau (macam kiteorg), dekat Disneyland Shanghai ada sediakan ramai photographer. Jalan sket je ada 2,3 orang yang standby untuk amik gambar. masa sampai tu takde la beria sangat nak suruh dieorg amikkan gambar sebab tau gambar kene bayar kalau print. Tapi rupa rupanya dieorg ada buat service photopass tu bayar dalam RM250 boleh dapat unlimited shoot. Die akan bg semua gambar dalam apps. Kalau tau dari awal memang setiap langkah je suruh dieorg amikkan gambar. Rugiiii je. tapi end up kiteorg beli jugak photopass tu sebab dalam banyak tak banyak, ada 200++ gambar jugak. 😆
Kesimpulan
Overall memang sangat puas hati. Staff semua friendly. Jauh meleset dari sangkaan asal. Rasanya pengalaman ke Disneyland Shanghai ni lagi best dari Disneyland Paris in terms of facilities and service. Boleh bagi 5 Bintang! 😀
No comments:
Post a Comment