Thursday, 18 October 2012

An Answered Prayer - The Birth Story


Zara Marissa
Date: 29 July 2012
Time: 8.38am
Weight: 2.76kg
Hospital Putrajaya
Full Paying Patient (FPP) - Dr Hamidah


The very 1st picture


27 July 2012 (Friday)
6.45am - Lepas solat subuh, my water broke. Actually dah siap baring kat katil nak tidur balik then rasa macam something keluar. So bangun la nak check, suddenly air mengalir sampai kene carpet. Terus panggil my husband. Then we all macam panic sekejap. Tak tau nak buat apa. So pegi ketuk bilik my parents and dieorg suruh pergi hospital. Sempat lagi call my BFF tanya her experience. Time tu rasa sangat excited! Tak sabar nak jumpa my little princess.
7.30am - Sampai hospital, dieorg buat VE (vaginal examination) and sangat menyedihkan bila dieorg cakap tak ada bukaan lagi. Mode: Frust! Sebab I leaking, so kene admit ward untuk doc monitor then kena bagi antibiotic untuk protect baby takut terkena infection. Dr Hamidah cakap if tak ada bukaan by today, besok kena induce.


28 July 2012 (Saturday)
2am - Pergi toilet sebab terasa nak buang air.Then terkejut tengok ada darah pekat kat my pad. Banyak jugak. Bukan stain la. Then kejut my husband bagitau dia suruh panggil nurse. Nurse datang and cakap pagi besok doc akan check bukaan. So tidur la malam tu dengan harapan tak perlu induce.
6.30am - Doc lain datang and buat VE. Sangat excited nak tau berapa cm dah bukak sekali doc cakap baru 1 cm!! What??!! 1cm?? Frust nyeee. Then dengan rela hati, terpaksa la induce.
7.30am - Dah rasa mild contraction.  sangat effective ubat tu! Selalunya banyak experience orang yang I baca kebanyakannye 1st dose lambat effect or tak jalan. Then I start la buat the breathing technique yang selalu I practice every night.
9am - Contration makin kerap. Every 5 minutes. Now I know kenapa orang kata induce tu sakit. If normal, orang akan rasa sakit contraction half an hour dulu, then 15mins, then 10mins pastu baru 5 mins. Tapi in my case, terus jump ke 5 mins apart.
12 noon - Dr Hamidah datang and buat VE. Time tu dah berharap sangat at least ade la progress dgn bukaan tapi sangat hampa sebab bukaan still 1cm.Dr Hamidah tak bagi amik 2nd dose ubat induce tu sebab contraction kuat. Kene tunggu the next day baru bole amik. Mode: Frust lagi..Then Dr Hamidah bg pain killer untuk kurangkan rasa sakit.

Morning View

29 July 2012 (Sunday)
4am - Bleeding lagi sekali. Tapi kali ni tak panggil nurse pon so I just continue tidur.
7am - Dr Hamidah datang buat VE. Kali ni memang berdoa sangat sangat supaya bukaan tu at least 4cm. So boleh terus masuk labor room. Doc seluk and seluk, then dengan muka yang hampa doc ckp still 1cm. Time tu rasa macam nak menangis sebab dah tahan sakit 24 jam tapi bukaan still 1cm. Dr Hamidah advise untuk amik 2nd dose ubat induce and wait until ada bukaan tapi I dah tak sanggup. I know towards the end if tak ada bukaan jugak then I kene Czer sebab leaking more than 2 days. So I cakap I nak Czer. Doc cakap ini baby first so better try normal tapi I dah tak tahan. Tak sanggup nak go through second day dengan contraction yang every 5 mins tu. Then doc agree and akan sediakan bilik operation.
7.45am - Tengah mandi suddenly nurse ketuk pintu suruh cepat2 keluar sebab dieorg dah tunggu and I was like huh?? Nak operate sekarang jugak ke? Ingatkan tengahari or petang. So kelam kabut la keluar toilet. Nurse dah siap tunggu dengan katil nak tolak masuk OT. Terus suruh my husband call my parents & mother in law untuk inform dieorg.Tak sempat nak bermaaf-maafan dengan husband pon nurse terus tolak masuk OT. Tapi nasib baik jugak husband bole ikut skali masa nk pegi OT. So sempat la pegang pegang tangan dulu. haha. Masa dalam OT, pakar bius tu bagi tau all the procedure and suruh sign all the form. Memang agak scary dalam bilik tu tapi luckly I bukan jenis yg takut jarum and dari kecik I berangan nak naik katil tolak hospital yang macam dalam drama tu. Weird kan? hehe
8.15am - Operation start. I memang sedar sebab dieorg bius bahagian bawah je. So macam mamai mamai la tapi still bole rasa doc godek godek perut tu. Then suddenly doc bgtau, "nasib jugak you czer sbb air ketuban dah sikit. If induce baby mungkin stress and kene emergency czer". Time tu rasa Alhamdulillah sangat..At least I buat keputusan yang betul. Its hard untuk buat decison ni sebab I memang dah berangan nak beranak normal. Siap google and practice gentle birthing technique and selalu during my 3rd trimester practice push. Pastu selalu sembang sembang dengan my husband macam mana muka dia bile tengok anak keluar nanti. Memang honestly sangat frust tak dapat beranak normal. Tapi apa apa pon I redha dengan segala ketentuan Allah.
8.38am - Lahirlah our little pricess. Alhamdulillah. Nurse bersihkan baby and terus bagi I kiss. Masa dekat dalam recovery room, nurse bawak baby untuk breastfeed. Time tu macam mamai lagi tapi rasa seronok sebab tengok baby macam lapar cari susu.
10am - Baru la dieorg transfer ke bilik and time tu husband I dah tunggu kat luar recovery room. On the way nak ke bilik, dalam lift husband kiss my forehead. Sangat terharu and at the same time sedih sebab tak dapat nak beranak normal and share magical experience tu dengan dia.

1st picture dengan papa

Apa-apa pon, sangat bersyukur kerana Allah kurnia kan anak yang sihat. It was a great experience after 9 months waiting and now she is here. So tiny, so sweet and innocent. Alhamdulillah.


Dr Hamidah, MO & Nurse

My dad & BFF

My mom & MIL


BFF


Wednesday, 17 October 2012

Whoa! 20,000 Thousand!!

Hi everyone! 

OMG, it's been soooooooo long since my last post..hehe..dulu post gambar scan baby, and now dah ada baby pon and she is now 2 months plus..How time flies..

Anyway,I am so touched. 20,000 Thousand Hits on my old, lame blog!! when did that happen? sangat teruja sbb dah lama sangat tak update blog. huhu

Thank you dear blog reader for sticking around..:)