Thursday 22 September 2011

Visi & Misi

Di sini, saya dengan berbesar hati ingin berkongsi Visi & Misi saya dalam business Something Borrowed by Nawal

Tujuan utama penubuhan business ni semestinya ia merupakan salah satu pendapatan saya. Seperti yang yang anda sedia maklum (jika anda ikuti blog saya), saya seorang full time housewife sejak berkahwin. Bukan kerana suami tak bagi berkerja, tetapi darah yg mengalir dalam diri saya lebih kepada business. Sejak kecil saya telah di dedahkan dengan dunia perniagaan. Minat dan passion saya lebih kepada business berbanding dengan kerja di private sector. Cukup la pengalaman saya berkerja selama 2 tahun. Saya sangat happy dapat menolong bakal-bakal pengantin merancang perkahwinan mereka.

I was once a bride. Saya tahu macam mana perasaan bakal pengantin. Banyak benda yang perlu diambil kira terutamanya dari segi kewangan. Saya tahu perasaan bila kita mahukan sesuatu, tetapi harganya lebih dari kemampuan kita. Believe me, saya pernah berada di tempat anda. Pernah sekali, saya masuk ke butik perkahwinan untuk sewa kipas pengantin. Harga sewanya RM50 untuk sepasang kipas dan alas tangan! Kipas yg tinggal pulak, sudah agak lembik (kipas yg diperbuat daripada kotak). Saya sangat frust! Maaf, tapi bagi saya, kipas tu terlalu mahal untuk disewakan dengan quality yang sangat teruk.

Gambar sekadar hiasan (pic credit google)
Kedua, ketika saya mencari veil untuk majlis pertunangan, saya pergi ke butik-butik tudung di Shah Alam. Veil yang ada dijual dengan harga yang mencecah RM400 untuk veil yang terlalu simple buatannya. Mode * Pengsan*. Saya terus mengomel dengan suami (dulu tunang), saya cakap, dengan harga yang macam tu, saya bole buat sendiri jauh lagi cantik dari yang mereka jual! (tapi hakikatnya, saya tak pandai jahit) ;p

Veil from SomethingBorrowed byNawal
Ketiga, semasa saya mencari dulang untuk membuat hantaran, saya sangat berminat dengan dulang tembaga, Survey punya survey, harga yang dijual di Maju Junction RM150++ hampir mencecah RM200 satu! Mode *Pengsan kali ke dua*  Itu baru satu dulang. Kalau 9 dulang? tak payah buat calculation, saya tau saya tak mampu.

Pic from Something Borrowed by Nawal

Terlalu banyak siri keempat, kelima dan seterusnya. Tak payah la saya explain panjang lebar sebab saya tahu benda macam ni pernah terjadi kepada anda semua. So, Misi saya adalah untuk membantu semua B2B mencapai impian perkahwinan mereka dengan menyewakan barang-barang perkahwinan dengan harga yang sangat berpatutan . Saya harap, dengan adanya business rental saya, wedding anda akan jadi cantik, secantik impian saya. Impian saya hanya akan tercapai bila anda merealisasikan impian anda..:)

P/s: Jika anda berminat dengan sesuatu barang untuk perkahwinan anda, tetapi tidak mahu mengeluarkan kos yang banyak untuk membelinya, sila la message saya di facebook.  Jika barang itu terpilih, saya akan beli dan sewakan dengan harga yang berpatutan..Sekian. :)

Wednesday 21 September 2011

Awin Seindah Wajah - Review Make up Reception

Hello Readers,
Sorry lama tak update blog. Sangat busy dengan wedding rentals lately. Today, saya nak buat review make up reception by Awin Seindah Wajah. :)
The minute I saw her portfolio, saya terus jatuh cinta! Memang saya tengah mencari make up artist yang pandai highlightkan bahagian mata. Bagi saya, mata adalah part yang paling penting di dalam feature seseorang. Bak kata orang, dari mata turun ke hati. ;p


Saya terus message Awin dan mintak quotation harga. Dua tiga hari kemudian, saya terus bayar deposit. Saya book Awin 6 bulan sebelum majlis dan tak pernah menyesal dengan pilihan saya. Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan hasilnya. Make up yang sangat flawless dan tahan lama. Selepas majlis, kami buat outdoor  photo shoot di Putrajaya dr pukul sebelas malam sampai la pukul tiga pagi! Sangat memenatkan tapi puas hati. Balik je rumah, masa nk buang make up, saya terkejut sebab make up tetap maintain macam baru buat. So kepada sesiapa yang nak buat photo shoot selepas majlis malam, bole la tido dan sambung photo shoot besok pagi. Huhu. Besides, Awin ni sangat pandai pakai kan tudung dan sangat helpful orangnya. Tak percaya? Awin tolong jahitkan kain saya yang suddenly terkoyak dibahagian zip. Seriously, you will never regret having her as your MUA.:)



For those yang still mencari-cari MUA, sila la lihat sendiri hasil kerja nya di Awin Seindahwajah facebook

Wednesday 14 September 2011

4 Months!

No im not pregnant.                                

Just to share, we have been married for four months! Doakan kami bahagia sehingga ke akhir hayat..:)

Have always and will forever love you sayang!

Wednesday 7 September 2011

Lova: Review Make up Nikah

Hi semua! As promised dulu, saya nak buat review tentang make up nikah saya pada 14 May 2011. Semestinya, waktu make up adalah waktu yg paling ditunggu oleh semua bride. Sama macam saya, sampai tiga empat kali mimpi MUA saya tak datang. Jangan terkejut jika kita mempunyai mimpi yang sama. Dont worry, itu adalah perkara biasa untuk semua bakal pengantin.

Thanks to my ex-Mua, yang merealisasikan mimpi ngeri saya. For those yang nak tahu cerita disebalik takbir, sila refer Post yang lepas. Saya sangat bersyukur sebab Lova terima saya dalam masa yang sangat singkat (Dua hari sebelum nikah) dan Alhamdulillah, I was very pleased with the way it turned out. Sangat flawless dan tidak terlalu heavy and yg paling penting it lasted all day! Besides, Lova ni sangatla punctual orangnya. 7.30 pagi dah sampai di rumah. Dia ambil masa satu jam setengah je untuk make up dan resultnya sangat memuaskan.



To Lova: Thank you for making me look and feel beautiful on my wedding day. You started my day off perfect with your amazing make up! :)



For those yang wish to hire her, she can be contacted through  http://www.lovaweddingku.blogspot.com